Oleh Mohamad Asyramisyanie & Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Kelab Bola Sepak DPMM FC akan mengadakan sesi pemilihan bagi pemain-pemain di bawah umur 18 tahun pada Ahad, 15 Januari 2017 ini nanti.
Sebanyak 175 borang pendaftaran yang telah diterima oleh pihak pengurusan DPMM FC sejak ia dibukakan kepada orang ramai pada 27 Disember 2016 yang lalu.
Pihak pengurusan DPMM FC, menyarankan pemain-pemain yang sudah mendaftarkan diri akan dapat datang lebih awal sebelum jam 7:30 pagi di Mini Stadium Jerudong dengan membawa kad pengenalan bersama bagi melancarkan sesi pemilihan tersebut.