Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sesi penerangan menjelang pembukaan galeri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), Jabatan Perdana Menteri kelmarin mengadakan sesi penerangan mengenai pengisian galeri bagi persediaan pembukaan semula galeri-galeri pameran BKISHHB kepada pemandu-pemandu pelancong yang berlesen di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

    Sesi penerangan tersebut diadakan sebagai salah satu usaha pemberigaan dan penyelarasan maklumat-maklumat pengisian galeri pameran BKISHHB bagi persiapan pembukaan semula galeri-galeri pameran BKISHHB bermula pada 12 Disember 2022.

    Ia membolehkan pemandu-pemandu pelancong untuk memperolehi maklumat-maklumat lengkap mengenai galeri dan koleksi-koleksi pameran bagi mengiringi dan memandu pelancong yang berkunjung nanti.

    Penerangan mengenai sembilan buah galeri pameran BKISHHB telah disampaikan oleh pegawai-pegawai BKISHHB yang antaranya menerangkan mengenai bahan koleksi yang dipamerkan. Rombongan juga diberi peluang untuk melawat fasiliti-fasiliti yang ada seperti kaunter pembelian tiket, bilik jubah dan lokar, bilik perubatan dan surau.

    Sesi penerangan pengisian galeri yang diadakan selama dua hari sehingga hari ini tersebut dibahagikan kepada empat sesi yang disertai oleh lebih kurang 50 pemandu pelancong dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan, KSSUP.

    Para pegawai BKISHHB dan Jabatan Kemajuan Pelancongan, KSSUP bergambar ramai semasa sesi penerangan tersebut.
    Pegawai BKISHHB semasa memberikan penerangan mengenai pengisian galeri bagi persediaan pembukaan semula galeri-galeri pameran BKISHHB kepada pemandu-pemandu pelancong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...