Sesi petang vaksinasi dikhaskan untuk penuntut sekolah

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Waktu operasi bagi Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup esok (19 November) adalah dari 2:30 petang hingga 9:30 malam.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji MohdIsham bin Haji Jaafar memaklumkannya semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menekankan bahawa sesi dari 2:30 petang hingga 5 petang adalah bagi penuntut-penuntut sekolah.

“Manakala kehadiran orang ramai sama ada bagi mendapatkan dos pertama atau dos kedua secara walk-in adalah dibukakan dari pukul 5 petang hingga 9:30 malam,” jelasnya lagi.

Gambar fail orang ramai beratur untuk mendapatkan vaksin di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup.