WASHINGTON, 9 Feb – Senat AS hari ini mengesahkan Jeff Sessions sebagai peguam negara di sebalik perdebatan hebat tentang rekod hak awamnya dan kebimbangan Demokrat tentang sama ada dia berkhidmat sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang tertinggi negara tanpa bersandarkan Presiden Donald Trump.
Para ahli undangan membenarkan senator itu menyandang jawatan peguam negara AS ke-84 dengan kebanyakan undi parti 52 berbanding 47, dengan satu Demokrat, Joe Manchin dari West Virginia, mengundi dengan majoriti Republikan.
Apabila kiraan diumumkan, ramai senator memberi pujian bagi rakan sekerja mereka itu.
Trump telah membidas Demokrat kerana lambat tentang pemilihannya, dengan membidas halangan mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini sebagai ‘memalukan’.
Beliau terutamanya marah dengan kelambatan berhubung Sessions, yang sebagai peguam negara akan memegang kuasa besar berhubung pentadbiran keadilan, termasuklah berhubung isu hak mengundi.

“Tahniah kepada peguam negara baru kami,” Trump berkata di Twitter sejurus selepas pengundian itu.
Sessions secara meluas dilihat sebagai inspirasi bagi dasar anti imigrasi Trump, adalah keenam dari 15 anggota kabinet yang disahkan, penambahan kepada jawatan Pengarah CIA, dan Duta AS ke PBB dalam kabinet.
Dia bertanggung jawab ke atas Jabatan Keadilan dan 113,000 kakitangannya di tengah perdebatan undang-undang berhubung tindakan Rumah Putih Trump yang paling berkontroversi sehingga kini, iaitu arahan eksekutif yang buat sementara menyekat ketibaan semua orang pelarian dan imigrasi dari tujuh negara Islam.
Dengan Trump menggunakan Twitter untuk membuli seorang hakim yang mengundurkan tegahan itu, dan mahkamah rayuan menimbangkan sama ada untuk mengembalikan semula arahan itu, perdebatan berhubung Sessions semakin sengit dan peribadi.
Malam Selasa lalu, keadaan bertukar teruk, Pemimpin Majoriti Republikan Senat Mitch McConnell dengan keras menegur anggota Demokrat, Elizabeth Warren kerana membaca surat yang ditulis oleh balu ketua hak awam yang telah dibunuh, Martin Luther King Jr yang mengkritik rekod hak awam Sessions. – AFP