Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sesuaikan strategi perniagaan dengan situasi pandemik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Dengan mengetengahkan perbincangan mengenai keadaan pasaran semasa langkah-langkah sekatan dan Fasa Peralihan, mencerminkan sentimen pasaran dan cabaran yang dihadapi oleh pemain-pemain industri, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) meneruskan Siri Forum Maya 10 bahagian, BIBD SME360 Series dengan forum menumpukan perbincangan kepada industri kecergasan, kesihatan dan kecantikan negara.

    Forum maya yang diadakan selama dua hari, kelmarin dan hari ini, mengetengahkan sesi panel perbincangan daripada pemain-pemain industri di mana sesi pertama disertai oleh Pengasas Cantik Spa, Dayang Farah Abdullah; Pengurus Besar Guardian, Jennifer Yang dan Pemilik Aman Optimum Fitness Centre, Dayang Sherry Abdul Karim.

    Turut menyertai panel ialah Penganalisis Kredit BIBD Securities and Asset Management, Dayang Farah Amer Hishamuddin yang membincangkan mengenai industri kecantikan dan kecergasan daripada perspektif pelanggan.

    Para panel semasa sesi berkenaan membincangkan mengenai keraguan para pelanggan semasa tempoh awal pembukaan semula dan mengetengahkan pentingnya untuk mematuhi langkah-langkah berjaga-jaga dan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan.

    Forum juga meliputi topik mengenai strategi bagi norma baharu yang dibincangkan oleh pemain-pemain industri seperti Pengurus Besar Comquest, Gaurav Shrotriya; serta Pemilik Denise Wellness, Restoran Kim Chi dan Deseo, Denise Chai; Jurulatih Kanak-Kanak dan Pengasas Project Wonders, Jurulatih dan Pemilik Bersama The Cardio Club dan Jurulatih GetFit Brunei, Rachael Lee.

    Antara yang menyertai Forum Maya BIBD SME360 SERIES membincangkan mengenai industri kesihatan, kecergasan dan kecantikan Brunei. – Gambar serahan BIBD

    Perbincangan pada sesi itu menumpukan kepada bagaimana pemilik-pemilik perniagaan dalam industri perlu menyesuaikan diri kepada perubahan keadaan dengan sesetengah mengendalikan kelas-kelas atas talian bila dapat dan yang lain mendekati pelanggan mereka menerusi media sosial.

    Sesi terakhir pada hari pertama forum maya itu menumpukan kepada usaha prihatin kepada masyarakat yang disertai oleh Pengasas dan Pengajar Brunei Swimming Club, Isabel Keasberry; Pengasas Fera Health & Nursing Care, Dayang Lailatul Zubaidah dan Pendandan Rambut Kanan di Moore’s Hairstylist, Moore Iman.

    Dalam perbincangan itu, para panel mengetengahkan pentingnya untuk menggunakan platform perniagaan mereka untuk memberi kembali kepada masyarakat bukan sahaja semasa penularan COVID-19.

    Sementara itu, hari kedua forum maya menyaksikan Pengasas Omni Sports, Ken Han; Pemilik Bersama dan Jurulatih 673 Jerudong, Liyana Sidek dan Pengasas Hood Chops Barbershop, Fakhrul Islam membincangkan bagaimana mereka menyesuaikan perniagaan mereka semasa gelombang kedua supaya dapat memenuhi keperluan pelanggan dan keadaan semasa dengan ramai daripada mereka memilih untuk meningkatkan kemahiran serta menggunakan media sosial.

    Sesi seterusnya bertajuk Protecting Your Employees in the High Touch Industry, membincangkan mengenai pentingnya kebersihan dan mengekalkan persekitaran yang selamat di pusat-pusat kecergasan untuk memastikan premis mereka selamat bagi pelanggan diketengahkan oleh panel yang terdiri daripada Pengurus Jab Gym, Marilyn Yap dan Pengurus Besar As Salwaa Beauty Spa, Edy Zurina Awang.

    Sesi terakhir telah disertai oleh Pengasas The Obs.Session Enterprise, Raymond Chin; Pengasas SWM Enterprise dan Ketua Jurulatih LaGree Fitness, Maria Taha dan Pengajar Kecergasan ELITE Piloxing SSP, Piloxing Booty, Zumba dan KpopX Fitness, Tiffany Lai yang membincangkan mengenai trend, penggunaan platform media sosial dan sesi maya dalam perniagaan kesihatan dan kecergasan semasa tempoh peralihan COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...