Setem dicetak pada kertas tandas dilancarkan

VIENNA, 29 OKT – Pejabat pos Austria telah melancarkan setem bertemakan koronavirus, dicetak pada kertas tandas dalam kempen simpanan stok yang diadakan pada permulaan pandemik.

Menghiasi setem adalah gambar anak gajah, dilaksanakan oleh kerajaan Austria pada awal pandemik sebagai satu simbol jarak satu meter di antara satu sama lain yang perlu diamalkan untuk membantu mengekang penularan virus berkenaan.

“Jika anda meletakkan sepuluh setem dari satu hujung ke hujung lain, anda akan mendapat corak anak gajah,” jelas jurucakap Pos Austria Markus Leitgeb. Setem itu diperkenalkan dalam format blok dalam saiz standard 10 sentimeter lebar sekeping kertas tandas, lengkap dengan tebukan untuk membolehkan kertas tandas lebih kecil dikoyakkan sebagai satu setem berasingan.

Tidak timbulnya keperluan untuk membasahkan setem, yang datang bersama pelekat yang telah pun dilampirkan bersama. Sejumlah 300,000 naskhah telah pun dicetak. Setem itu, dibuat daripada kertas kitar semula, pada asalnya bertujuan untuk dikeluarkan sebelum pandemik, namun kekurangan kertas boleh serap menyebabkan projek tersebut ditangguhkan. – AFP

Setem khas keluaran Pos Austria didedikasi kepada koronavirus dan dicetak pada kertas tandas, kelihatan di Vienna pada 28 Oktober. – AFP