Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setem kenang-kenangan Jubli Intan ABDB dijual 31 Mei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan setem terbaharu jabatan berkenaan iaitu Setem Kenang-kenangan sempena Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-60 Tahun, di mana ia akan mula dijual pada 31 Mei.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Pos mengalu-alukan orang ramai terutamanya pengumpul setem serta semua penggemar setem untuk berkunjung ke lapan buah cawangan pejabat pos di seluruh daerah bagi mendapatkan sampul surat rasmi hari pertama (First Day Cover-FDC) serta setem kenang-kenangan berkenaan.

    Orang ramai boleh mendapatkan setem berkenaan di lapan buah cawangan pejabat pos iaitu Galeri Setem-Pejabat Pos Bandar Seri Begawan (BSB), Pejabat Pos Pusat Memproses Mel dan Bungkusan (MPC), Pejabat Pos Muara, Pejabat Pos Sengkurong, Pejabat Pos Tutong, Pejabat Pos Seria, Pejabat Pos Mumong, Kuala Belait serta Pejabat Pos Bangar, Temburong.

    Cawangan-cawangan pejabat pos berkenaan akan mula penjualan keluaran setem kenang-kenangan terbaharu pada pukul 11 pagi hingga 3 petang sahaja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda