Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Setem kenang-kenangan sempena ulang tahun JPE

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam telah mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Kenang-kenangan sempena Ulang Tahun ke-100 Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE).

    Setem kenang-kenangan telah dijual kepada orang ramai bermula 22 Februari 2022 yang mana keluaran setem kenang-kenangan ini adalah merupakan inisiatif JPE untuk memperingati ulang tahun ke-100 sejak penubuhannya pada tahun 1921.

    Jabatan berkenaan mengeluarkan sampul surat rasmi hari pertama dan empat keping setem yang mana produk-produk setem ini dijual pada harga yang berbeza. Antara produk setem yang dijual termasuk sampul surat rasmi hari pertama bersetem, sampul surat rasmi hari pertama tanpa setem, setem empat keping, setem set penuh untuk empat keping dan lembaran set setem untuk 24 keping.

    Dengan mengambil kira situasi terkini jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, jabatan ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menawarkan perkhidmatan tanpa sentuhan serta mengamalkan penjarakan sosial.

    Bagi mendapatkan setem kenang-kenangan ini, orang ramai hendaklah membuat tempahan dengan menghubungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berkenaan atau melalui tempahan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan.

    Setem-setem yang telah ditempah dapat diambil di cawangan-cawangan pejabat pos di Setem Galeri, Pejabat Besar Pos, Bandar Seri Begawan; Pejabat Pos Pusat Memproses Mel (MPC), Berakas; Pejabat Pos Gadong; Pejabat Pos Seri Kompleks; Pejabat Pos Muara dan Pejabat Pos Sengkurong.

    Manakala di Daerah Belait, setem boleh didapati di Pejabat Pos Lumut, Pejabat Pos Mumong, Kuala Belait dan Pejabat Pos Seria. Sementara di Daerah Tutong ianya boleh didapati di Pejabat Pos Tutong dan Pejabat Pos Bangar untuk Daerah Temburong.

    Untuk keterangan lanjut, penggemar-penggemar koleksi setem dan orang ramai bolehlah menghubungi Unit Pemasaran, Filatelik dan Perhubungan Awam di talian 673 729 1679 atau 673 222 2191 atau emel ke brustamp@post.gov.bn.

    Seorang pelanggan bergambar bersama sampul surat rasmi hari pertama dan setem kenang-kenangan yang dikeluarkan JPE sempena ulang tahun ke-100 penubuhannya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...