Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Setengah juta suntikan vaksin diberikan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Seramai 4,911 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, kelmarin, membawa jumlah orang yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan kepada 337,671 orang iaitu 74.4 peratus penduduk negara ini.

    “Manakala, 219,505 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 48.4 peratus daripada jumlah penduduk negara,” Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan semasa sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dengan jumlah tersebut, tambah beliau, kini sebanyak 557,176 suntikan telah diberikan di Negara Brunei Darussalam sejak 3 April lalu.

    Daerah Brunei dam Muara telah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 360,544 suntikan; Daerah Belait sebanyak 70,706 suntikan; Daerah Tutong sebanyak 64,486 suntikan manakala Daerah Temburong sebanyak 61,440 suntikan.

    Sementara itu, mengambil kira jumlah kehadiran orang ramai ke Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup telah berkurangan, waktu operasi untuk pusat berkenaan bagi Jumaat diubah kepada 2 hingga 6 petang mulai esok, jelas Yang Berhormat Dato.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -