Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

‘Setiap perbuatan diperhati’

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) diteruskan lagi malam tadi bagi minggu ke-61 yang diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Al-Muraqabah’.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Tazkirah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin yang menekankan bahawa Allah SWT memerhatikan setiap perbuatan yang dilakukan.

“Hatta, apa yang kita fikirkan yang terlintas dalam hati kita sekalipun semuanya berada dalam pengetahuan Allah SWT. Dalam erti kata lain, kita tidak akan pernah terlepas sekalipun daripada pandangan Allah SWT,” ujarnya. Beliau menjelaskan, muraqabah merupakan satu perasaan seorang hamba yang merasakan bahawa dirinya sentiasa dalam pengawasan dan pemerhatian Allah SWT, yang membuatkannya suka dan gemar melakukan ketaatan serta takut untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Muraqabah ini, tambah beliau, semestinya ada pada diri setiap orang yang beriman, yang mana apabila seseorang itu mewujudkan perasaan muraqabah pada dirinya, pasti ia akan merasakan nikmatnya beribadah kepada Allah SWT. Majlis minggu ini disertai oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Kuala Belait, pelajar-pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah, Kuala Belait dan belia-belia Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri.

Ia juga disertai jemaah dari 105 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, dan warga KHEU berserta keluarga dari kediaman masing-masing.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan peserta yang mengikuti acara berkenaan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -