Setiap vaksin mampu kawal gejala COVID-19

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Setiap vaksin adalah sangat berharga dan pengambilan vaksin juga mampu mengawal gejala COVID-19.

“Apa juga vaksin yang telah diluluskan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah berkesan dalam mengawal penularan wabak ini,” jelas Menteri Kesihatan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan, pada masa ini bahagian klinikal belum lagi memberi kebenaran untuk warga emas 60 tahun ke atas mendapatkan vaksin Sinopharm yang mana golongan berkenaan akan diberikan vaksin Astrazeneca dan Moderna.