Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand esok

    BANGKOK, 4 NOV – Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 November atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.

    Menurut kenyataan di laman sesawang ASEAN, Dr Kao dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pegawai tinggi kerajaan Thailand bagi membincangkan peranan negara itu dalam memperkukuhkan usaha penguatkuasaan undang-undang bersama ASEAN terhadap jenayah rentas sempadan dan penyeludupan dadah.

    Semasa lawatan itu, beliau juga akan berinteraksi dengan golongan belia tempatan, termasuk mereka yang berada di pusat tahanan, untuk menyokong perkembangan peribadi dan integrasi semula mereka ke dalam masyarakat

     Beliau dijangka menyampaikan syarahan khas bertajuk Pendidikan untuk Kehidupan Lebih Baik: Memupuk Warga Berkualiti bagi memberi inspirasi kepada para belia di Pusat Tahanan Remaja Pusat.

    Dr Kao turut dijadualkan melawat Penjara Wanita Pusat untuk melihat usaha pemulihan dan pembetulan akhlak yang dijalankan Thailand ke arah membina masyarakat yang lebih selamat dan inklusif.

    Lawatan tersebut mengukuhkan kerjasama ASEAN dalam penguatkuasaan undang-undang, keadilan, dan keselamatan, serta menekankan komitmen bersama terhadap pemerkasaan belia dan usaha pemulihan dalam kalangan komuniti ASEAN. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda