Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Setiausaha Perbendaharaan AS pertahankan Trump

    WASHINGTON, 20 Ogos – Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin hari ini mempertahankan respons Presiden Donald Trump terhadap pertumpahan darah ekoran perhimpunan supremasi kulit putih dan neo-Nazi, dengan menolak gesaan dari bekas rakan sekelas dari Yale yang membantah supaya dia meletak jawatan dari pentadbiran itu.

    Sekumpulan 259 orang dari kelas Mnuchin pada tahun 1985 di universiti Ivy League telah menandatangani surat terbuka yang dihantar Jumaat lalu, mengatakan adalah menjadi ‘obligasi moral baginya untuk meletak jawatan kerana Presiden Trump telah mengisytiharkan dirinya penyokong kumpulan yang nilai-nilai mereka adalah bertentangan dengan nilai-nilai yang kami anggap penting bagi kehormatan kami sebagai warga Amerika, sebagai lelaki dan wanita di Yale dan sebagai manusia yang sopan.”

    Mnuchin semalam memberi respons bahawa dia ‘sekeras-kerasnya’ menyelar mereka ‘yang penuh dengan kebencian dan berniat membahayakan yang lain.’

    “Sementara saya mendapati sukar untuk percaya saya seharusnya mempertahankan diri saya berhubung perkara ini, ataupun presiden, saya merasa terpaksa untuk memberitahu kamu bahawa presiden dalam apa pun cara, bentuk atau bentuk, percaya bahawa neo-Nazi dan kumpulan membenci yang lain yang menyokong keganasan serupa dengan kumpulan yang mengadakan tunjuk perasaan dalam aman dan mengikut undang-undang,” Mnuchin, seorang Yahudi,” berkata dalam satu kenyataan.

    “Saya tidak percaya tuduhan ke atas presiden adalah benar dan saya percaya mempunyai wanita dan lelaki yang begitu berbakat di negara kita yang mengelilingi presiden dalam pentadbirannya seharusnya menenteramkan anda dan semua rakyat Amerika.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda