Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Setiausaha pertahanan AS adakan lawatan ke Baghdad

    BAGHDAD, 7 MAC – Menteri Pertahanan Amerika (AS), Lloyd Austin mengadakan lawatan mengejut ke Baghdad pada hari ini, beberapa hari sebelum ulang tahun ke-20 pencerobohan yang dipimpin oleh AS untuk menggulingkan Saddam Hussein.

    Austin disambut oleh Mejar Jeneral Matthew McFarlane, pemerintah AS di Iraq ketika tiba di Baghdad. Dalam lawatannya ke Iraq, Austin dijangka akan bertemu dengan pegawai-pegawai penting yang merupakan tuan rumah kepada beratus-ratus tentera Amerika yang membantu dalam perjuangan menentang militan Islamic State (IS).

    Walaupun mengalami kekalahan di Iraq pada tahun 2017, anggota kumpulan IS dan beberapa pengintip mereka masih melancarkan serangan di negara itu dan Syria yang berdekatan. IS telah membunuh dan mencederakan beratus-ratus tentera Iraq sepanjang beberapa bulan lalu.

    AS telah memujuk negara-negara di seluruh dunia untuk membawa pulang rakyat mereka dari kem al-Hol di timur laut Syria, yang menempatkan puluhan ribu kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang dikaitkan dengan IS. Sebahagian besar daripada mereka adalah rakyat Iraq dan Syria.

    Iraq telah menghantar pulang lebih 500 wanita dan kanak-kanak dari al-Hol sejak beberapa minggu lalu. – AP

    Presiden Iraq, Nechirvan Barzani (kanan) menerima Lloyd Austin di Arbil semasa ketibaanya di Iraq dalam rangka lawatan mengejut. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...