Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Setiausaha Pertahanan AS bertemu PM Thailand, kukuhkan hubungan

    BANGKOK, 13 JUN – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin bertemu dengan perdana menteri Thailand hari ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan apa yang Austin katakan ‘rangkaian perikatan dan perkongsian tiada bandingannya’ oleh Washington di rantau ini.

    Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha, yang juga menteri pertahanan, juga bertemu Austin di Washington bulan lalu.

    Thailand dan AS merupakan sekutu tentera lama, meskipun kedinginan hubungan selepas pemberontakan tentera 2014 yang menyaksikan bekas pemerintah tentera Prayuth memegang kuasa.

    Kenyataan Jabatan Pertahanan AS berkata lawatan Austin, yang pertama ke Thailand sebagai setiausaha pertahanan, adalah langkah penting ke arah memodenkan perikatan AS-Thailand dan mengembangkan kerjasama tentera.

    Media Thailand melaporkan bahawa Prayuth ingin membincangkan pemerolehan senjata bersama Austin, termasuk pesawat pejuang F-35. Tiada butiran mengenai apa yang mereka bincangkan segera diperoleh. – AP

    Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha berjalan bersama Setisausaha Pertahanan AS Lloyd Austin semasa pemeriksaan kawalan kehormatan di Rumah Kerajaan di Bangkok, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...