Seulong 2AM terlibat dalam kemalangan

Anggota kumpulan Kpop 2AM Lim Seulong dilaporkan terlibat dalam sebuah kemalangan kereta yang meng-akibatkan kematian seorang pejalan kaki.

Pihak pengurusan penyanyi itu iaitu Jellyfish Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi pada Selasa dan menjelaskan situasi sebenar.

“Pertama sekali semoga mangsa kemalangan maut itu dalam keadaan tenang, dan kami mengucapkan takziah kepada keluarganya.

“Pada 1 Ogos lalu, Seulong memandu keretanya dalam hujan ketika kemalangan berlaku.

“Semasa memandu, dia melanggar seorang pejalan kaki semasa sedang melintas jalan.

Seulong dilaporkan terlibat dalam sebuah kemalangan kereta yang mengakibatkan kematian seorang pejalan kaki. – Agensi

“Sejurus selepas kemalangan berlaku, Seulong segera mengambil tindakan yang sepatutnya, namun malangnya mangsa meninggal dunia ketika dia dibawa ke hospital.

“Seulong disoal siasat oleh polis mengikut protokol dan dihantar pulang selepas itu, tetapi dia dalam keadaan terkejut,” kata pihak pengurusan Seulong.

Bagaimanapun, kata agensi, perincian tentang kemalangan masih dalam siasatan.

“Bagaimanapun, kami memahami keadaan duka yang dirasai oleh ahli keluarga mangsa dan kami dengan perasaan jujur memohon maaf kepada mereka.

“Sekali lagi, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memohon maaf kepada peminat kerana menyebabkan kerisauan. Terima kasih,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan Seulong tidak memandu di bawah pengaruh alkohol. – Agensi