Seung Gi anjur sesi bertemu peminat

Penyanyi, pelakon Korea Selatan, Lee Seung Gi (gambar bawah) akan berada di Singapura sebagai sebahagian daripada jelajahnya bertemu peminat di Asia pada 26 Oktober untuk menyambut ulang tahun pembabitannya 15 tahun dalam dunia hiburan.

Tiket untuk bersama peminat akan dijual di Pusat Pameran dan Konvensyen Singapura daripada S$138 sehingga S$248. Jualan bermula pada 20 Ogos. Manakala untuk harga tiket VIP berharga S$248 dan akan menerima hadiah misteri serta sesi bergambar ramai bersama Lee.

Jelajah pelakon berusia 32 tahun itu bertemakan Vagabond Voyage iaitu merujuk kepada siri aksi-ngeri Vagabond, dia akan berlakon sebagai pelakon aksi yang akan ditetapkan untuk tayangan perdana di Netflix.

Perjalanan jelajah Lee termasuk ke Kuala Lumpur, Bangkok, Jepun dan Taiwan.

Pelakon utama dalam A Korean Odyssey (2018) dan My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox (2010) dikenali sebagai sebuah ancaman dalam industri hiburan Korea Selatan kerana akivitinya sebagai penyanyi dan pengacara yang banyak. Beliau tampil pada tahun 2004 sebagai penyanyi dengan lagu-lagu seperti Will You Mary Me (2009) dan Return (2012).

Dia juga terbabit dalam program Master In House sebagai pelakon sejak tahun 2017 selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya. Dia juga akan berlakon dalam siri kedua, Busted. – Agensi