Anggota kumpulan Winner iaitu Lee Seung Hoon mengakui masih berhutang dengan Lisa Blackpink sebanyak KRW2 bilion atau RM6.7 juta.
Koreaboo melaporkan Seung Hoon membuat pengakuan itu ketika muncul dalam program Girls Night Out selepas salah seorang tetamunya, penyanyi Jo Hyunah memberitahu menyimpan rahsia penyanyi berkenaan.
Jo Hyunah berbisik kepada seorang lagi tetamu penyanyi dan pelakon Jang Do Yeon tentang perkara itu.
“Aku tahu rahsia Seung Hoon, boleh tak kalau saya cakap?
“Dia berhutang dengan Lisa sebanyak KRW2 bilion ketika merakamkan video cabaran TikTok beberapa tahun lalu namun masih belum membayar hutang tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Seung Hoon menjelaskan Blackpink adalah selebriti terkenal dunia dan apa sahaja harga yang diminta mereka akan mendapatkannya.
Mendengar jawapan itu, Jo Hyunah meminta Seung Hoon menjual barang peribadinya bagi melangsaikan hutang tersebut. – Agensi
