Sevilla berputih mata julang La Liga

MADRID, 4 MEI – Peluang Sevilla untuk memenangi La Liga mungkin lenyap selepas mereka dikecewakan dengan kekalahan di tangan Athletic Bilbao kelmarin, dengan Inaki Williams menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 di stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Gol pertama buat Williams sejak Februari merampas kemenangan 1-0 buat Athletic dan membuatkan Sevilla ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Atletico Madrid, dengan berbaki empat perlawanan.

Sevilla akan bermain menentang Real Madrid pada Ahad di Valdebebas, bahagian kedua untuk hujung minggu yang penting dalam perlumbaan merebut kejuaraan, selepas Barcelona bakal bertemu Atletico pada Sabtu.

Atletico kini berada di mata di hadapan Real Madrid dan Barcelona selepas mereka menundukkan Elche pada Sabtu, sebelum Real Madrid menewaskan Osasuna dan Barcelona mengalahkan Valencia pada malam Ahad.

Mereka semestinya perlu menewaskan Real Madrid pada hujung minggu untuk mencerahkan semula harapan, sebelum menamatkan musim di laman sendiri menentang Valencia, di laman lawan menentang Villarreal dan sekali lagi bermain di tempat sendiri untuk bertemu Alaves. – AFP

Reaksi Inaki Williams selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan menentang Sevilla. – AFP