Sevilla impi julang piala Eropah kali ke-6

COLOGNE, 17 OGOS – Manchester United menerima padah akibat kelalaian mereka yang tumpul di bahagian serangan ketika Sevilla menikmati satu lagi malam istimewa di Liga Europa setelah bangkit dari ketinggalan untuk mara ke pusingan final pada Jumaat selepas menang 2-1 di Cologne.

Jaringan dari sepakan penalti Bruno Fernandes dibatalkan oleh gol Suso untuk Sevilla pada separuh masa pertama yang sengit.

Tetapi United mencipta dan mensia-siakan hampir semua peluang keemasan setelah separuh masa kedua bersambung ketika Bono menghasilkan aksi menyelamat yang mengagumkan sehingga pemain gantian, Luuk De Jong menjaringkan gol melalui hantaran Jesus Navas 12 minit sebelum tamat perlawanan.

United yang berjaya menempah slot Liga Juara-Juara untuk musim depan setelah menduduki tangga ketiga di Liga Perdana Inggeris, tetapi penantian tiga tahun mereka untuk menjulang piala berterusan dan kekalahan kali ketiga dalam pusingan suku akhir musim ini mendedahkan bahawa masih banyak perkara yang perlu diusahakan Ole Gunnar Solskjaer untuk membawa United ke zaman kegemilangan mereka.

Sevilla kini memenangi 25 daripada 26 perlawanan pusingan kalah mati Liga Europa dan mereka percaya bahawa mereka ditakdirkan akan memenangi pertandingan itu untuk kali keenam apabila mereka bakal berdepan Inter Milan atau Shakhtar Donetsk di pusingan final.

Pasukan bimbingan Julen Lopetegui kini belum mencatat sebarang kekalahan dalam 20 perlawanan, tetapi mereka gagal mengekang rentak dan pergerakan pemain-pemain penyerang United ketika Marcus Rashford dijatuhkan oleh Diego Carlos setelah percubaannya diselamatkan Bono.

Fernandes telah memastikan penderitaan United pada awal musim dapat dilupakan ketika pemain Portugal menjaringkan gol melalui sepakan penalti kelapannya.

Lopetegui memberi respons dengan mengeluarkan Lucas Ocampos dan Youssef El-Nesyeri dan memasukan De Jung dan Munir El Haddadi.

De Jong yang mengharungi musim yang sukar di Sepanyol, tetapi berjaya menebus dirinya selepas menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari Navas untuk mengecewakan United. – AFP

Luuk De Jong meraikan gol untuk membantu Sevilla mara ke pusingan final Piala Europa. – AFP