Sevilla mudah benam Lazio

SEVILLE, Sepanyol, 21 Feb – Wissam Ben Yedder menjaringkan dua jaringan dalam saingan ini ketika Sevila meraih kemenangan mudah 2-0 ke atas Lazio dalam aksi kedua Liga Europa pagi tadi sekali gus menempah slot ke pusingan 16 terbaik.

Sevilla yang memegang rekod lima gelaran dalam kejohanan tersebut, meraih kemenangan 1-0 pada aksi pertama di Rom minggu lalu menerusi jaringan tunggal Ben Yedder dan pemain dari Perancis itu menggandakan jaringannya pada minit ke-20 dengan merembat masuk bola selepas percubaan Pablo Sarabia tidak di tangkap sempurna oleh Thomas Strakosha. Ben Yedder kini sudah meledak 21 jaringan bagi musim ini termasuk lapan dalam saingan Liga Europa.

Franco Vazquez diarah keluar padang pada minit ke-60 dan ia seakan memberi sedikit peluang untuk Lazio kembali bangkit namun selang 11 minit kemudian, pemain tengah mereka, Adam Marusic turut menerima hukuman sama.

Sarabia kemudian memberikan Sevilla kelebihan agregat 3-0 apabila menyempurnakan hantaran J Navas dengan perlawanan hanya berbaki 12 minit.

Skuad Sevilla kendalian Pablo Machin kini berada di tangga keempat La Liga dan sedang memburu slot ke Liga Juara-Juara, beraksi dalam kejohanan peringkat kedua Eropah ini buat kali pertama sejak kali terakhir meraih gelaran tiga kali berturut-turut pada 2015-16. – AFP

Pemain tengah Lazio, Romula (kanan depan) merebut bola dari pemain Sevilla, Marko Rog semasa perlawanan kelompok 32 teratas Liga Europa di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan. – AFP