MADRID, 28 April – Wissam Ben Yedder meledak gol pada minit ke-79 untuk membantu Sevilla meraih kemenangan 2-1 ke atas Celta Vigo yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Kemenangan itu membolehkan Sevilla menjarakkan kedudukan kepada lapan mata di tempat keempat La Liga dan mengintai slot akhir ke Liga Juara-Juara.
Joaquin Correa membuat larian hebat sebelum disudahi dengan jaringan untuk meletakkan Sevilla di depan sejurus selepas rehat di Sanchez Pizjuan.
Iago Aspas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-53, namun tidak lama kemudian Celta kehilangan seorang pemain selepas Pablo Hernandez dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.
Ben Yedder kemudian menyudahkan hantaran silang daripada Samir Nasri, 11 minit sebelum perlawanan tamat untuk Sevilla menyamai mata dengan Atletico Madrid dengan berbaki empat perlawanan lagi. – AFP
