Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sevilla pinjam Martial dari United

    MADRID, 26 JAN – Penyerang Manchester United, Anthony Martial telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama enam bulan pinjaman bersama Sevilla, kelab mengumumkan kelmarin, ketika pemain antarabangsa Perancis itu cuba memulihkan kariernya di La Liga.

    Martial akan menyertai Sevilla untuk mengejar gelaran juara di Sepanyol, dengan kelab itu berada di tempat kedua dan mengekori Real Madrid dengan empat mata.

    Pemain berusia 26 tahun itu memberitahu jurulatih sementara United, Ralf Rangnick bahawa dia ingin keluar dari pasukan pada bulan Januari selepas kekecewaannya semakin meningkat disebabkan kurang peluang untuk bermain.

    Rangnick kemudian menuduh Martial enggan bersama pasukan semasa kunjungan menentang Aston Villa awal bulan ini, dakwaan disangkal oleh Martial.

    Dia membuat penampilan pertamanya di bawah kendalian Rangnick sebagai seorang pemain gantian menentang West Ham minggu lalu dan menyumbang kepada gol kemenangan yang dijaringkan oleh Marcus Rashford, selepas diejek oleh beberapa penyokong United apabila dia masuk ke padang.- AFP

    Anthony Martial melengkapkan perpindahan secara pinjaman enam bulan ke Sevilla dan ingin memulihkan kariernya di La Liga. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...