Sevilla rampas kedudukan ketiga La Liga

MADRID, 23 JUN – Sevilla kembali rampas kedudukan tempat ketiga di La Liga pada perlawanan semalam setelah seri 2-2 menentang Villarreal, ketika Bruno Soriano buat pertama kalinya kembali beraksi setelah lebih dari tiga tahun berikutan kecederaan yang dialaminya.

Paco Alcacer meletakkan Villarreal berada di depan pada minit ke-18 dan Pau Torres kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringannya pada separuh masa pertama perlawanan selepas kapten Sevilla, Sergio Escudero melakukan jaringan dari luar petak penalti.

Munir El Haddadi memastikan Sevilla meraih satu mata yang meletakkan mereka kembali di atas Atletico Madrid di liga, yang akan berdepan Levante pada Selasa ini, dengan gol penyamaan pada minit ke-63 itu menghentikan tiga kemenangan Villarreal berturut-turut sebelum ini.

Keputusan seri itu mendorong Villarreal ke tempat kelayakan Liga Juara-Juara dengan memintas Real Sociedad, sementara menurunkan Bruno beberapa minit terakhir perlawanan menandakan dia kembali cergas dari kecederaan sejak Mei 2017.

Bruno, yang merupakan sebahagian daripada skuad Sepanyol di Euro 2016, membuat penampilan pertamanya setelah 1,128 hari ketika dia menggantikan Alcacer, setelah diketepikan selama tiga musim kerana kecederaan lutut.

Aksi pemain pertahanan Villarreal, Alberto Moreno (kiri) ketika merebut bola bersama pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde di perlawanan La Liga antara Villarreal CF dan Sevilla FC di Stadium La Ceramica di Villareal, kelmarin. – AFP

“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan,” kata Bruno yang merasa emosional.

“Sudah begitu lama saya tidak beraksi sehingga saya hampir tidak tahu mahu berkata apa.

“Ini sangat penting bagi saya. Saya sudah banyak kali berusaha untuk kembali cergas.

Saya tidak akan berbohong, kadang-kadang saya fikir lebih baik tidak meneruskannya.”

Barcelona boleh kembali merebut tempat teratas liga apabila bertemu Athletic Bilbao esok, dengan Real Madrid menjadi tuan rumah bertemu Mallorca Rabu ini. – AFP