Sevilla tempah slot Liga Juara-Juara

MADRID, 7 JULAI – Sevilla berjaya menewaskan Eibar 1-0 di La Liga pada perlawanan semalam dan semakin kukuh untuk mengekalkan kedudukan Liga Juara-Juara dengan hanya berbaki empat perlawanan sahaja lagi untuk dimainkan.

Kemenangan itu meletakkan Sevilla di tempat keempat dengan kelebihan enam mata untuk berada di depan pasukan di bawah mereka Villarreal, yang tewas pada perlawanan baru-baru ini menentang Barcelona.

Perlawanan yang berasingan, Real Sociedad meneruskan permulaan yang buruk sejak La Liga kembali semula apabila meraih dengan keputusan seri 1-1 menentang Levante, di mana mereka turun dari kedudukan empat teratas liga ke tangga ketujuh.

Terima kasih kepada jaringan Lucas Ocampos, pemain dari Argentina yang telah berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit ke-56 melalui hantaran cantik dari Jesus Navas.

Eibar cuba untuk bertahan dan berusaha keras sekurang-kurangnya untuk membawa pulang satu mata.

Aksi pemain tengah Sevilla, Lucas Ocampos ketika bersaing merebut bola dengan pemain pertahanan Eibar, Esteban Burgos semasa perlawanan antara Sevilla FC dan SD Eibar di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Sevilla, semalam. – AFP

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat Sevilla setelah seri empat kali berturut-turut sejak La Liga kembali semula.

Real Sociedad mendahului Levante menerusi jaringan Alexander Isak di minit ke-12, tetapi Levante kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jose Luis Morales di minit ke-16 perlawanan.

Kemenangan 4-1 Barcelona di Villarreal mengurangkan jurang kedudukan di atas liga dengan Real Madrid kepada empat mata dengan berbaki empat perlawanan sahaja lagi sebelum musim ini berakhir.

Madrid menang 1-0 ke atas Athletic Bilbao di Stadium San Mames melalui sepakan penalti Sergio Ramos.

Real meneruskan prestasi dengan kemenangan ketiga 1-0 mereka berturut-turut sejak mereka kembali. – AFP