MADRID, 23 Jan – Sevilla telah menghasilkan satu lagi semangat juang yang tinggi di saat-saat akhir bagi mengekalkan satu mata di belakang pendahulu La Liga, Real Madrid, selepas bangkit dua kali untuk menewaskan Osasuna 4-3 semalam.
Sevilla telah menjaringkan gol dalam masa lima minit terakhir perlawanan bagi mengakhiri rekod 40 perlawanan tanpa kalah Real Madrid dalam semua persaingan minggu lepas dan kini telah memenangi lima daripada tujuh perlawanan La Liga di mana mereka ketinggalan dahulu pada musim ini.
“Pasukan ini melakukan beberapa perkara baik dan kesalahan, tetapi dari awal hingga akhir perlawanan mempunyai semangat untuk menang,” kata bos Sevilla, Jorge Sampaoli.
“Dengan mengakhiri separuh pertama musim ini dengan rekod mata 42 dan berada di tangga kedua telah memberikan kami kegembiraan.”
Kemenangan itu mengekalkan mereka di tangga kedua, satu mata di depan Barcelona yang telah memenangi perlawanan mereka di Eibar. – AFP