Sewa kren demi menyaksikan pasukan kesayangan berentap

SEORANG peminat bola sepak dari Turki, Denizlispor, baru-baru ini telah menjadi tajuk-tajuk utama antarabangsa selepas menyewa sebuah kren agar dia mampu menyaksikan pasukan kegemarannya bermain dalam perlawanan liga, selepas ditegah untuk memasuki stadium tersebut selama setahun.

Ali Demirkaya, berusia 37 tahun, aka ‘Amigo Ali’ memang terkenal sebagai salah seorang penyokong Denizlispor yang paling fanatik. Dan baru-baru ini, dia sekali lagi telah membuktikan kesetiaannya untuk kelab tersebut, secara literalnya di luar jangkauan pemikiran kita, hanya untuk menyaksikan perlawanan tersebut menentang pasukan Gaziantepspor.

Berikutan penglibatannya dalam insiden yang berlaku semasa salah satu perlawanan Denizlispor pada tahun 2015, Demirkaya telah dilarang untuk memasuki stadium pasukannya selama tempoh satu tahun, pada tahun 2017. Namun, dia selalu menentang keputusan itu dan bersumpah untuk tidak menghalangnya dari menyokong dan bersorak untuk pasukan kegemarannya itu. Baru-baru ini, dia mengotakan janjinya.

Amigo Ali berpendapat bahawa kerana dia tidak dapat memasuki stadium tersebut, itu tidak bermakna yang dia akan berhenti untuk menyokong pasukannya.

Jadi, dia pun menghabiskan beberapa ratus dolar untuk menyewa kren perindustrian, memasuki ‘ruangan khas’ dan meminta ahli operator untuk membawanya naik ke atas, melepasi ketinggian stadium itu, sehingga dia dapat menyaksikan perlawanan tersebut dan terlihat menggibarkan bendera hijau-hitam Denizlispor. Gambar dan video yang memaparkan dia bersorak untuk pasukan itu telah berlegar dalam media-media Turki dan juga Eropah. Dia jelas kelihatan berada di atas kren tersebut, manakala penyokong lainnya yang berada di dalam stadium itu berpaling dari menyaksikan perlawanan kerana sibuk memerhatikan Ali Demirkaya.

Gambar dan yang memaparkan dia bersorak untuk pasukan itu telah berlegar dalam media-media Turki dan juga Eropah. Dia jelas nampak kelihatan berada di atas kren tersebut, manakala penyokong lainnya yang berada di dalam stadium itu berpaling dari menyaksikan perlawanan kerana sibuk memerhatikan Ali Demirkaya. – Agensi

Malangnya, Amigo Ali tidak dapat menjadi tumpuan terlalu lama kerana polis secara tiba-tiba berada di tempat kejadian dan meminta operator kren tersebut untuk menurunkan penyokong fanatik itu. Ianya tidak jelas sama ada dia didenda atas perbuatannya itu ataupun tidak, namun dia membuktikan bahawa tegahan atau larangan daripada pihak stadium tidak mampu untuk menghalangnya daripada menyaksikan perlawanan kelab tercintanya itu.

Menariknya, ini bukan kali pertama Ali Demirkaya menyewa kren untuk memintas tegahannya itu. Dia telah melakukan perkara yang sama pada bulan Februari lalu dan anggota polis terpaksa membawanya turun ke bawah sambil menjadi tumpuan ramai.

Pada masa itu, dia memberitahu laman web peminat, Denizlispor20, bahawa dia juga sedang mempertimbangkan untuk menyewa dan menaiki belon atau sebuah paraglider, agar dia dapat menonton perlawanan pasukannya dari atas tanpa anggota polis menganggunya. – Agensi