Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sewol dalam perjalanan terakhir

    JINDO, Korea Selatan, 24 Mac – Feri Sewol Korea Selatan yang malang telah dibawa jauh daripada tempat ia tenggelam hari ini selepas hampir tiga tahun tenggelam di mana lebih 300 nyawa terkorban.

    Dengan beberapa kapal tunda yang berkuasa menarik feri berkenaan yang diapungkan tetapi masih senget dengan dua buah tongkang menuju ke pelabuhan.

    Feri sepanjang 145 meter itu berjaya dinaikkan ke permukaan dalam operasi kompleks dipercayai antara perolehan semula terbesar yang pernah dilakukan terhadap bangkai kapal karam atas permintaan utama keluarga si mati.

    “Sewol mula bergerak separuh tenggelam pada 16:55,” (0755 GMT) kementerian maritim berkata dalam satu kenyataan.

    Badan kapal yang berkarat dan berlumpur keluar itu dari dasar laut dengan struktur putih dan birunya terdedah ketika dibawa menuju Dockwise White Marlin dengan sebuah kapal besar membawanya ke Mokpo di tanah besar untuk siasatan lanjut.

    Hampir semua yang mati adalah kanak-kanak sekolah dan difahamkan bahawa sembilan mayat masih belum ditemui mungkin terperangkap di dalam kapal yang tenggelam itu.

    “Hari ini adalah hari terakhir air pasang besar dan kami mesti menyelesaikan memuatkan tugas,” Lee Cheol-jo, seorang pegawai kementerian yang bertanggungjawab bagi operasi memberitahu pemberita sebelum ini ketika merujuk kepada arus air pasang yang berada pada tahap paling lemah.

    Kira-kira 450 pekerja terlibat dalam tugasan menaikkan feri ini. Sewol mempunyai anjakan 6,825 tan tetapi kini dianggarkan seberat antara 8,000 hingga 8,500 tan termasuk kelodak yang menimbun di dalam.

    Ia berjaya dinaikkan sempena ulang tahun ketiga tragedi maritime paling teruk pernah berlaku di negara ini, yang memberikan tamparan hebat kepada bekas Presiden Park Geun-Hye.

    Beberapa saudara-mara mangsa yang terkorban menonton operasi yang ditunggu-tunggu dengan bot berhampiran kawasan kejadian.

    “Saya telah melihat rakaman dari semasa ke semasa dan tidak ada perkataan untuk menggambarkan apa yang saya rasa untuk melihat tibul dari dasar laut,” kata Jung Seong-Wook, seorang bapa yang kehilangan anaknya dalam kemalangan maut itu.

    “Saya menangis. Saya hanya berfikir tentang anak saya,” katanya kepada wartawan selepas perjalanan dengan bot ke tapak bencana itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda