Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Shah Iskandar bersyukur, masih dapat tumpuan syarikat produksi

    Kehadiran ramai pendatang baharu mewarnai dunia seni tidak menggugat Shah Iskandar untuk kekal relevan sebagai seorang pelakon yang masih mendapat perhatian syarikat produksi.

    Bagi Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 40, dia akur dengan adat resam dalam dunia seni dan tidak kisah jika hanya diberi tawaran sebagai watak sampingan dalam sesebuah drama atau filem.

    “Saya juga pernah muda dan pernah memegang watak sebagai hero drama. Ini adalah putaran dalam industri seni.

    “Apa yang penting adalah untuk terus kekal dalam industri lakonan, tidak kiralah walau hanya diberi watak sampingan sahaja,” ujarnya kepada mStar.

    Dalam masa sama, Shah turut berkongsi pendapat tentang kemunculan bakat baharu yang diambil melalui sosial media. Katanya, populariti penting untuk mempromosikan sesebuah produk namun ia bukan ukuran utama dalam kejayaan seorang pelakon.

    Kehadiran ramai pendatang baharu mewarnai dunia seni tidak menggugat Shah Iskandar untuk kekal relevan sebagai seorang pelakon. – Agensi

    “Saya tidak kisah jika ramai pelakon baharu yang bermula dari media sosial. Jika ada bakat dan platform yang betul mereka boleh pergi jauh.

    “Bagaimanapun jika mereka hanya fikir dunia seni sebagai sebuah perniagaan mungkin kerjaya mereka ibarat touch and go sahaja,” katanya.

    Sementara itu, salah satu pendekatan yang diambil oleh pelakon asal Singapura ini agar masih menjadi pilihan produksi adalah dengan mengekalkan bentuk badan.

    “Berat saya sebelum ini 89 kilogram dan selepas beberapa bulan ke gim baru turun 9 kilogram. Saya sasarkan untuk kuruskan lagi sebelum betul-betul lakukan proses membina otot,” ceritanya.

    Tentang perkembangan kerjaya, Shah bakal muncul dalam drama 10 episod berjudul Love In Lockdown yang bakal ditayangkan di platform digital SOOKA bermula 20 Februari ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...