Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Shah Rukh Khan ajak peminat masuk bilik hotel

Sikap mesra pelakon terkenal Shah Rukh Khan mengundang peminat ke bilik hotel pada lewat malam menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Portal The Indian Express melaporkan, peminat dikenali sebagai Jatin Gupta dan juga Pawan Pathaan telah mengejar Shah Rukh Khan sehingga ke bilik hotel ketika menghadiri acara Auto Expo 2023 di Delhi, India.

Nasib menyebelahi mereka apabila Shah Rukh Khan menjemput dua peminatnya itu ke bilik penginapan meskipun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Enggan mensia-siakan kesempatan tersebut, Jatin dikatakan telah bergambar dengan bintang tersebut malah turut mencium pipinya.

“Terima kasih Shah Rukh Khan kerana sudi meluangkan masa untuk kami walaupun sudah pukul 2 pagi. Dia telah memanggil kami masuk ke dalam hotel dan memberikan layanan yang baik sepanjang pertemuan.

“Terima kasih dan minta maaf kerana mengganggu malam awak tapi saya sangat meminati awda,” katanya.

Shah Rukh Khan sememangnya sentiasa diekori peminat di negara itu malah ada juga yang sanggup berdiri lama di hadapan rumah aktor berkenaan semata-mata untuk bertemu dan bergambar dengannya. – Agensi

Peminat teruja dapat bertemu Shah Rukh Khan. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -