Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shah Rukh Khan dan Aamir Khan bakal bergandingan

    AKHIRNYA dua nama besar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Aamir Khan yang tidak pernah bersama dalam mana-mana projek bakal digandingkan bersama.

    Bagaimanapun kedua-dua mereka bukan disatukan dalam sebuah filem seperti yang dinati-nantikan peminat.

    Menurut sumber seperti yang dipetik dari indianexpress.com, mereka bakal digandingkan bagi menjayakan sebuah iklan televisyen.

    Menurut laporan, saluran Star Plus sedang dalam proses untuk mendapatkan dua bintang itu untuk kempen Nayi Soch.

    Shah Rukh Khan dan Aamir Khan yang tidak pernah bersama dalam mana-mana projek bakal digandingkan bersama.
    Shah Rukh Khan dan Aamir Khan yang tidak pernah bersama dalam mana-mana projek bakal digandingkan bersama.

    Satu sumber dipetik sebagai berkata dalam laporan bahawa: “Shah Rukh dan Aamir akan menjadi sebahagian daripada kempen Nayi Soch.”

    Namun sama ada Shah Rukh atau Aamir, kedua-dua mereka masih belum mengulas mengenai perkembangan ini.

    Lebih menarik apabila kedua-dua mereka merakamkan gambar bersama selepas 25 tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda