Shah Rukh Khan didik anak berdisiplin

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dikenali sebagai seorang bapa yang sangat rapat dengan anak-anak dan menerapkan disiplin tinggi di rumah.

Menurut laporan The Indian Express, penerbit Anubhav Sinha mendedahkan Shah Rukh Khan (SRK) sangat menjaga batas pergaulan dan menanamkan prinsip menghormati wanita.

Sehinggakan dia menetapkan aturan anak-anak lelaki yang sudah besar seperti Aryan Khan haruslah memakai baju dan menutup bahagian tubuh semasa berada di dalam rumah.

“Saya percaya sekalipun di rumah sendiri, seorang anak teruna tidak boleh tunjuk badan atau tidak memakai baju, apatah lagi di depan ibunya, adik beradik perempuan atau teman wanita.

“Tidak boleh! Saya cakap dengan Aryan pakai baju di rumah setiap masa. Kalau kamu sebagai lelaki tidak suka melihat ibu, kakak, adik, teman wanita tidak memakai baju di bahagian atas, kenapa kamu pula bebas melakukan perkara sama di hadapan mereka.

“Ini bukan soal bahagian tubuh sensitif, ini tentang boleh atau tidak, jika perempuan tidak boleh melakukannya, kita harus menghormati mereka,” kata SRK.

Dalam perkembangan lain, SRK memberitahu Aryan yang kini berusia 23 tahun sangat berminat menceburi bidang pengarahan dan mahu berkerja di belakang tabir.

“Saya sangat berbangga… dia ingin menjadi lebih hebat dari saya, itu sangat bagus,” ujar Shah Rukh Khan. – Agensi

SRK sangat menerapkan disiplin tinggi kepada anak-anaknya di rumah . – Agensi