Shah Rukh Khan kembali bekerja

Akan kembali meneruskan penggambaran, pelakon Bollywood Shah Rukh Khan meminta pihak pengarah untuk menyusun kembali jadualnya dan memberi dia peluang melawat keluarga dalam beberapa minggu untuk beberapa hari.

Memetik laporan Bollywoodlife, Shah Rukh Khan tidak mahu menyusahkan pihak produksi sebaliknya ingin menyelesaikan penggambaran tersebut.

“Dia telah meminta untuk mengekalkan jadual filem yang berada di luar India dan mengosongkan beberapa hari untuk balik ke rumah setiap beberapa minggu.

“Dia telah meminta mereka untuk merancang penggambaran sedemikian rupa supaya penggambaran untuk artis lain boleh selesaikan semasa ketiadaannya,” ujar sumber.

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan terbaru bimbang dengan keadaan Aryan Khan selepas insiden yang berlaku terhadap keluarganya.

“Shah Rukh Khan sangat melindungi Aryan dan keluarganya selepas insiden baru-baru ini dan telah memutuskan untuk berada di samping keluarga dan seimbangkan antara masa peribadi dan profesional,” tambahnya. – Agensi

Shah Rukh Khan tetap mengutamakan keluarganya walaupun terpaksa kembali bekerja. – Agensi