Shah Rukh Khan minta rakan artis beri ruang kepada Aryan

Pastinya sambutan ulang tahun ke-56 bintang Bollywood, Shah Rukh Khan kelmarin diraikan dalam suasana berbeza apabila anaknya, Aryan Khan baru sahaja diikat jamin kes dadah.

Pembebasan anaknya hampir sebulan ditahan di penjara menjadi perkara paling diraikan seisi keluarga.

Seperti setiap tahun, peminat pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai ini mula berkumpul di luar kediamannya di Mumbai bagi menunjukkan kasih sayang mereka.

Menurut laporan media, pelakon bintang ini meminta rakan-rakannya untuk tidak mengunjungi rumahnya pada hari jadinya bagi memberi ruang kepada Aryan.

Sementara itu, dia juga dilaporkan belum membuat keputusan sama ada meraikan hari jadinya di kediamannya di Mumbai atau di rumah percutiannya di Alibaug.

Setiap tahun, bintang terkenal itu akan bertemu peminat yang berkumpul di kediamannya dengan muncul di bahagian atas rumah untuk menyatakan rasa terima kasih kepada mereka. – Agensi

Peminat pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai  ini mula berkumpul di luar kediamannya di Mumbai bagi menunjukkan kasih sayang mereka. – Agensi