Shah Rukh Khan takut dengan anak perempuannya

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan mengakui dia mempunyai perasaan takut terhadap anak perempuannya iaitu Suhana Khan ketika masih kecil.

Menurut Shah Rukh Khan, Suhana ketika zaman kanak-kanak gemar memarahinya sekiranya melakukan sesuatu kerja pada waktu lewat malam di rumah.

Kongsi Raja Bollywood ini, beliau menjadi takut dengan anaknya itu yang mempunyai suara jeritan yang kuat.

“Jika saya berjaga sehingga lewat malam di rumah, atau melakukan beberapa perkara, anak perempuan saya memarahi saya dengan tegas.

“Saya jadi takut dengannya bila dia menjerit marah. Walaupun dia kecil tapi suaranya sangat kuat,” kongsi Shah Rukh Khan.

Untuk rekod, Shah Rukh Khan berkahwin dengan Gauri Khan pada 1991 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suhana Khan, Aryan Khan serta AbRam Khan. – Agensi

Suhana Khan satu-satunya anak perempuan Shah Rukh Khan. – Agensi