Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shah United menang mudah

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Pasukan Shah United telah mencatatkan kemenangan besar dengan menewaskan Pasukan Eagle Blues FC 4-0 dalam persaingan Liga Futsal Brunei Darussalam 2017 hari ini.

    Perlawanan di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu menyaksikan penguasaan Shah United apabila ‘Abdul Khabiir Haji Ismail menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-11 sebelum jaringan kedua menyusul selang tiga minit kemudiannya menerusi khalil Saab.

    Kedudukan kekal 2 – 0 berpihak kepada pasukan Shah United sehingga separuh masa pertama berakhir.

    Pada separuh masa kedua, Shah United terus mengganas menambah jaringan ketiga pada minit ke-27 menerusi Muhammad Ulfi Aminuddin dan jaringan keempat Pasukan Shah United pula disumbangkan oleh Mohammad Nawawi Haji Mohd Yazid, yang mengambil kesempatan pada minit-minit akhir untuk mencuri peluang menambahkan jaringan bagi pasukannya.

    Antara aksi menarik dalam perlawanan antara Shah United FC dan Eagle Blues FC malam tadi. – Gambar Hasrulraizan
    Antara aksi menarik dalam perlawanan antara Shah United FC dan Eagle Blues FC malam tadi. – Gambar Hasrulraizan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda