Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Shahbaz Sharif angkat sumpah

    ISLAMABAD, 12 APRIL – Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-23 Pakistan pada majlis angkat sumpah yang berlangsung di Rumah Presiden malam kelmarin.

    Pengerusi Senat Pakistan, Sadiq Sanjrani menyaksikan majlis angkat sumpah perdana menteri baharu ketika Presiden Pakistan, Arif Alvi ‘mengadu tidak sihat,’ menurut akaun Twitter rasmi presiden.

    Semasa sesi Dewan Negara bagi pilihan raya perdana menteri baharu Asia pada petang Isnin, Shehbaz, presiden Liga-Nawaz Muslim Pakistan memenangi 174 undian dalam dewan 342 ahli itu.

    Shehbaz menguasai tampuk pemerintahan selepas bekas perdana menteri Imran Khan disingkirkan melalui undi tidak percaya yang diusulkan oleh pakatan pembangkang.

    Dalam ucapan pertamanya di Dewan Negara, Shehbaz mengatakan beliau mengalu-alukan hubungan mesra dengan semua negara jiran dan Barat.

    Menurutnya, dalam penggalnya juga, beliau akan bekerja keras menyelesaikan projek-projek di bawah rangka kerja Koridor Ekonomi China-Pakistan. – Xinhua

    Shehbaz Sharif (kanan) semasa mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-23 Pakistan pada majlis yang berlangsung di Rumah Presiden di ibu negara Pakistan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...