Shahid Kapoor minta izin isteri untuk beli-belah

Kehidupan selepas berkahwin telah mengubah tabiat berbelanja pelakon Shahid Kapoor menjadi seorang yang lebih berhemah dan mementingkan keluarga.

Kata Shahid, dia akan meminta kebenaran isterinya iaitu Mira Rajput jika mahu membeli barang keperluan.

“Sebelum ini saya menggunakan duit untuk berbelanja sendiri, tetapi sekarang saya sudah mempunyai keluarga.

“Saya harus meminta kebenaran isteri sebelum berbelanja,” katanya seperti yang dipetik dari Hindustan Times.

Bagaimanapun pelakon filem Jab We Met ini tidak akan berbuat demikian jika mahu bercuti bersama rakan-rakannya.

“Ada masanya lelaki juga perlukan masa untuk bersama rakan-rakan,” ujarnya. Dalam temu bual tersebut juga, Shahid memuji air tangan isterinya terutama dalam menyediakan masakan Thailand. – Agensi

Shahid Kapoor berkata dia kini menjadi seorang yang lebih berhemah dan mementingkan keluarga dalam urusan berbelanja.– Agensi