Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Shahir Zawawi kini tunang orang

    Penyanyi Shahir Zawawi teruja apabila mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya selepas solat Zohor baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga wanita terbabit yang terletak di Merotai, Tawau, Sabah.

    Kata Shahir, 34, sifat lemah lembut dan mudah didekati membuatkan dirinya tertarik dengan wanita yang dikenali sebagai Ekin.

    Shahir turut menjelaskan pertunangannya tersebut dilakukan untuk memenuhi kehendak keluarga dan sekadar simbolik ikatan kekeluargaan.

    Penyanyi lagu Dia Yang Kau Pilih itu turut mengakui pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.

    Shahir memberitahu majlis perkahwinan akan dijadualkan berlangsung pada tahun ini juga. – Agensi

    “Sepanjang 12 tahun menyanyi saya memang selalu mendapat tawaran persembahan di Sabah, tetapi asyik gagal.

    “Majlis pertunangan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sabah. Rupa-rupanya selepas ini setiap tahun saya akan pulang ke sana untuk beraya,” katanya.

    Dalam pada itu, Shahir menasihatkan tunangnya agar bersedia berdepan dengan masyarakat lebih-lebih lagi apabila menjadi pasangan selebriti.

    Katanya, lumrah apabila berada dalam industri, perkara peribadi antara hal yang akan turut disoal.

    “Saya ada memberitahunya agar bersedia untuk berkongsi sedikit soal peribadi dengan masyarakat. Sebahagian hidup dia kena kongsikan dengan peminat.

    “Walaupun sebelum ini dia rasakan perkara itu privasi, tetapi apabila berada dalam lapangan hiburan, mungkin sedikit daripada itu perlu dikorbankan,” jelas Shahir. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...