Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shahiransheriffuddin mengaku tidak bersalah tuduhan menghasut

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seorang kakitangan kerajaan yang berdepan tuduhan mengeluarkan komen berunsur hasutan berhubung dasar Persijilan Halal Kementerian Hal Ehwal Ugama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, baru-baru ini.

    Shahiransheriffuddin bin Shahrani Muhammad berusia 38 tahun didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook pada 16 Julai 2017 dan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan.

    Jika didapati bersalah, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum $5,000 dan penjara selama dua tahun.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan kes untuk sebutan seterusnya pada 11 Oktober 2017 dan melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh.

    Tertuduh diwakili Peguam Pengiran Khairul Nizam bin Pengiran Haji Mohd Yassin manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda