Shahrulezad lega dapat tahu awal positif COVID-19

Mula dengan rasa tidak sedap badan kelmarin, pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin berasa lega apabila keputusan ujian calitan kedua akhirnya menunjukkan dia positif COVID-19.

Menurut pengarah drama Nur ini, pada mulanya dia berasa bimbang menjadi pembawa virus maut itu kerana ragu-ragu dengan keputusan ujian pantas atau RTK-Antigen yang mendapati keputusan negatif.

“Nak dijadikan cerita saya yang negatif pada awalnya ini tiba-tiba rasa tak sedap badan sejak semalam lagi. Saya makan ubat pun demam macam itu juga.

“Hari ini sebelum masuk pejabat dan turun set, saya buat keputusan untuk lakukan ujian sekali lagi dan Alhamdullilah abam (abang) rupa-rupanya positif,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrulezad menasihati orang ramai agar melakukan ujian calitan di klinik atau hospital sekiranya berasa kurang sihat.

“Apa yang saya belajar di sini ialah kalau anda dah mula tidak sedap badan terus buat RTK atau ujian PCR terus. Jangan percaya sangat dengan saliva/antigen test itu.

“Mujur saya tidak sempat berlepas ke Langkawi hendak melawat set di sana. Kalau tidak… tidak fasal saya kena kuarantin di sana pula,” ujarnya. – Agensi

Shahrulezad Mohameddin berasa lega apabila keputusan ujian calitan kedua akhirnya menunjukkan dia positif COVID-19. – Agensi