Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Shanghai ‘bebaskan’ 6,000 dari pusat COVID

    BEIJING, 13 APRIL – Shanghai membenarkan keluar 6,000 orang lagi dari kemudahan pusat di mana mereka menjalani pemerhatian perubatan untuk melindungi daripada koronavirus, kata kerajaan hari ini, walaupun sekatan pergerakan di kebanyakan bandar terbesar China masih diteruskan pada minggu ketiga.

    Kira-kira 6.6 juta orang di bandar yang mempunyai 25 juta penduduk itu dibenarkan untuk meninggalkan rumah mereka kelmarin, namun beberapa daripadanya dihadkan ke kawasan kejiranan. Beberapa kawasan perumahan juga kelihatan masih lagi mengurung penduduk mereka di rumah masing-masing dan belum ada pembatalan sekatan hari ini.

    Para pegawai memberi amaran Shanghai masih lagi belum mempunyai lonjakan kes terkini varian Omicron yang di bawah kawalan, meskipun pendekatan ‘sifar COVID’ yang menyaksikan beberapa penduduk dikurung di rumah mereka selama tiga minggu atau lebih.

    China juga mengehendaki sesiapa yang diuji positif atau kontak rapat untuk mengasingkan diri seminggu di pusat-pusat pemerhatian dalam bangunan atau dewan gimnasium dan pameran untuk mengehadkan penularan virus. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...