Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Shanghai bergelut dengan kekurangan makanan

    BEIJING, 7 APRIL – Penduduk Shanghai hari ini bergelut untuk mendapatkan daging, beras dan bekalan makanan lain di bawah kawalan antikoronavirus yang mengurung hampir 25 juta penduduknya, menambahkan kekecewaan ketika kerajaan cuba mengekang penularan wabak.

    Penduduk di hab perniagaan China itu merungut kedai-kedai online sering kehabisan barang. Sebahagian menerima bungkusan daging dan sayuran daripada kerajaan untuk tempoh beberapa hari. Namun tanpa diberikan penjelasan bila mereka dibenarkan keluar, membuat orang ramai tambah risau.

    “Tidak mudah mengikutinya,” kata Zhang yang mula membeli-belah seawal pukul 7 pagi. “Kami membaca dalam berita ada makanan, namun kami tidak dapat membelinya,” katanya. “Sebaik sahaja awda masuk ke aplikasi membeli-belah, ia mengatakan, tempahan hari ini telah penuh.’

    Rungutan itu adalah sesuatu yang memalukan bagi parti memerintah, Komunis semasa tahun politik yang amat sensitif, ketika Presiden Xi Jinping dijangka memecahkan tradisi dan menjadi pemimpin penggal lima tahun buat kali ketiga.

    Shanghai menyerlahkan kos manusia dan ekonomi yang tinggi dalam strategi ‘sifar-COVID’ China yang berhasrat untuk mengasingkan setiap orang yang dijangkiti.

    Hari ini, kerajaan melaporkan 23,107 kes baharu di seluruh negara, namun semua kecuali 1,323 daripadanya tidak mempunyai simptom. Ia termasuklah 19,989 kes keseluruhan di Shanghai di mana hanya 329 mempunyai simptom.

    Aduan mengenai kekurangan bekalan makanan bermula selepas Shanghai menutup sebahagian besar bandar itu pada 28 Mac. Mengikut perancangan daerah-daerah hanya akan dikenakan perintah berkurung empat hari sambil membuat ujian saringan besar-besaran ke atas penduduk.

    Namun ia berubah kepada penutupan seluruh bandar tanpa tarikh pasti selepas jumlah kes meningkat. Pembeli-belah yang mendapat notis tersebut telah mengakibatkan pembelian panik di pasar raya sehinggakan barangan kebanyakannya habis.

    Pegawai bandar memohon maaf kepada umum minggu lalu dan berjanji akan memperbaiki bekalan makanan. Pegawai mengatakan Shanghai, lokasi bagi pelabuhan paling sibuk dan bursa saham utama China, mempunyai makanan mencukupi. Namun seorang timbalan datuk bandar, Chen Tong mengakui hari ini bahawa menyalurkan bekalan dalam ‘100 meter terakhir’ kepada isi rumah adalah satu cabaran besar. – AP

    Gambar fail pelanggan melihat rak-rak di pasar raya yang kosong di Shanghai, China pada 30 Mac lalu. Penduduk di Shanghai bergelut untuk mendapatkan daging, beras dan bekalan makanan lain di bawah pengawalan antikoronavirus yang mengurung 25 juta penduduknya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...