Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Shanghai discaj ribuan pesakit, rangsang bekalan

    BEIJING, 10 APRIL – Shanghai hari ini telah mendiscaj lebih 11,000 pesakit COVID yang sembuh dengan pihak berkuasa kesihatan menekankan yang mereka perlu pulang ke rumah meskipun perintah berkurung telah mengehadkan pergerakan di bandar terbesar China itu.

    “Kami harap keluarga mereka dan komuniti tidak akan bimbang tentang mereka atau mendiskriminasi mereka,” kata Wu Jinglei, pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai.

    Bandar dengan penduduk 26 juta itu melaporkan 1,006 jangkitan dan hampir 24,000 kes tidak bergejala dalam tempoh 24 jam.

    Shanghai telah dikenakan perintah berkurung sejak 28 Mac dengan pihak berkuasa berkata pada Sabtu bahawa sekatan ketat akan dibatalkan di kawasan-kawasan tanpa kes baharu dalam masa 14 hari susulan pusingan ujian besar-besaran.

    Sementara itu, pihak berkuasa Shanghai berkata mereka telah menjamin bekalan harian bagi penduduk dari platform online, menurut akhbar Global Times milik kerajaan, susulan aduan mengenai penghantaran makanan dan keperluan asas lain ketika sekatan memasuki minggu ketiga. – AP

    Pekerja memunggah bekalan termasuk kotak pelitup muka di Shanghai pada 10 April. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...