Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Shanghai lalui hari Mei terpanas dalam 100 tahun

    SHANGHAI, 29 MEI – Shanghai hari ini mencatatkan hari Mei terpanasnya dalam lebih 100 tahun, perkhidmatan meteorologi bandar itu mengumumkan, mengatasi paras tertinggi sebelumnya.

    Para saintis berkata pemanasan global memburukkan lagi cuaca buruk, dengan banyak negara mengalami gelombang haba dan suhu tinggi yang mencecah rekod di seluruh Asia Tenggara dan Selatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    “Pada 13:09, suhu di stesen Xujiahui mencecah 36.1 darjah Celsius, memecahkan rekod 100 tahun untuk suhu tertinggi pada bulan Mei,” menurut satu catatan di akaun Weibo rasmi perkhidmatan itu, merujuk kepada sebuah stesen metro di pusat bandar terbesar di China.

    Suhu di stesen yang sibuk itu meningkat lebih tinggi kepada 36.7 darjah Celsius pada sebelah petang, kata perkhidmatan meteorologi.

    Ia mengatasi sepenuhnya rekod lama, 35.7 darjah Celsius, yang telah direkodkan empat kali sebelum ini, pada 1876, 1903, 1915 dan 2018, menurut perkhidmatan itu. – AFP

    Penduduk Shanghai memakai pakaian pelindung matahari berulang-alik menaiki basikal di tengah-tengah cuaca panas di Shanghai, kelmarin. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...