Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Shanghai rekod tiga kematian COVID

    SHANGHAI, 18 APRIL – China mengumumkan hari ini bahawa tiga pesakit telah disahkan meninggal dunia akibat COVID di Shanghai sejak perintah berkurung bermula bulan lalu, meskipun merekodkan ratusan ribu kes varian Omicron di bandar timur itu.

    Pihak berkuasa berkata kematian pertama daripada penularan terbesar China sejak gelombang virus di Wuhan dua tahun lalu itu adalah tiga orang berusia 89 hingga 91 tahun, kesemuanya menghidap masalah kesihatan lain dan belum menerima vaksin COVID.

    Pegawai kesihatan Shanghai memaklumkan kelmarin bahawa kurang dua pertiga penduduk berusia lebih 60 tahun telah menerima dua vaksin dan kurang 40 peratus telah menerima dos penggalak.

    Tiga mangsa korban di Shanghai itu ‘mengalami kes teruk selepas masuk hospital’, menurut kenyataan kerajaan, dengan pegawai kesihatan bandar, Wu Qianyu memberitahu sidang media hari ini bahawa ‘penyakit yang sedia ada’ merupakan punca kematian langsung.

    Hab perniagaan timur itu telah dikenakan perintah berkurung sejak Mac, dengan kebanyakan 25 juta penduduknya dikurung di rumah mereka ketika kes harian mencecah 25,000.

    Ramai penduduk telah membanjiri media sosial dengan mengadu kekurangan makanan, keadaan kuarantin serba sederhana dan penguatkuasaan bersifat menindas, menyiarkan rakaman bantahan yang pihak penapisan kerajaan telah menghapuskannya.

    Namun para pegawai telah berikrar untuk terus mengasingkan sesiapa yang diuji positif tidak kira mereka menunjukkan tanda penyakit itu atau tidak – dengan jangkitan tidak bergejala menunjukkan hampir 90 peratus daripada lebih 22,000 kes baharu tempatan hari ini. – AFP

    Shanghai: Budak lelaki bersedia untuk menaiki bas sambil diperhatikan oleh kakitangan kesihatan di Jing’an di Shanghai pada 18 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...