BEIJING, 16 Feb – Shanghai SIPG kelmarin mengesahkan telah menandatangani bekas pemain Real Madrid dan Chelsea Ricardo Carvalho, Xinhua melaporkan sekali gus menjadi pemain asing terkini tergoda dengan kekayaan Liga Super China.
Menandatangani Carvalho telah dimuktamadkan pada penghujung latihan musim sejuk tetapi pengumuman ditangguhkan kerana sekatan baru China ke atas pemain asing memaksa pasukan untuk ‘memikirkan peranannya dengan teliti’,Xinhua memetik SIPG sebagai berkata.
Bulan lepas, Persatuan Bola Sepak China mengumumkan ia akan mengurangkan pemain asing dalam pasukan liga utama untuk membendung perbelanjaan besar ke atas pemain luar.
Peraturan baru itu akan membenarkan pasukan hanya menurunkan tidak lebih daripada tiga pemain asing dalam perlawanan apabila musim 2017 bermula pada Mac.
Ini akan memaksa SIPG ‘menghimpitkan’ bakat sedia ada termasuk empat pemain asing: Brazil Oscar, Hulk dan Elkeson serta midfield Uzbek Odil Ahmedov.
“Jika mana-mana empat pemain asing cedera, Carvalho akan mendapat peluang. Sebagai salah seorang pertahanan terbaik di dunia, pengalaman beliau penting untuk membantu pemain muda,” presiden Shanghai SIPG, Chen Xuyuan memberitahu Xinhua.
Pada 2016, China merupakan salah satu daripada lima liga utama dunia yang berbelanja besar sehingga menggandakan bayaran daripada AS$451 juta pada tahun sebelumnya.
Pada Disember, China memecahkan rekod perpindahan Asia buat kali kelima dalam tempoh setahun apabila SIPG merembat pemain Chelsea Oscar yang dilaporkan bernilai 60 juta euro (AS$ 63 juta).
Musim panas yang lepas, pasukan itu telah membeli Hulk lebih AS$55 juta. Carvalho, 38, pula menyertai SIPG dari pasukan Ligue 1 Monaco. – AFP