Shannen Doherty, 48, mendedahkan dia sedang bertarung dengan kanser peringkat empat ketika acara Good Morning America pada 4 Februari kelmarin. Aktres itu mendedahkan bahawa kansernya kembali setahun yang lalu, selama ini dia bergelut dengan penyakit itu sepanjang melakukan penggambaran Beverly Hills 90210 (BH90210). “Saya tidak menyangka saya menghidapinya,” katanya.
“Ia ibarat menelan pil yang pahit. Ada suatu hari yang saya mempersoalkannya… kenapa saya? Jadi izinkan saya pergi… baik, kenapa bukan saya? Siapa lagi selain saya yang berhak menghidapnya? Tiada yang berhak. Saya akan mengatakan bahawa reaksi pertama saya yang sentiasa menjadi kebimbangan mengenai bagaimana saya akan memberitahu ibu dan suami saya.”
Shannen sudah tahu bahawa kansernya telah kembali apabila pelakon BH90210, Luke Perry, meninggal dunia pada bulan Mac 2019, dan dia mengatakan bahawa diagnosis itu benar-benar mempengaruhi dirinya untuk menangani pemergian Luke. “Ia sangat pelik bagi saya untuk didiagnosis dan kemudian seseorang yang kelihatan sihat untuk pergi dahulu,” katanya.
“Ia benar-benar mengejutkan.” Bagaimanapun, dia juga menambah bahawa inilah yang mendorongnya untuk muncul di BH90210, walaupun sakit. “Sekurang-kurangnya saya dapat menghormati dia melakukan persembahan itu,” katanya.
Sewaktu di set penggambaran, Shannen merasa selesa dengan pelakon utamanya, Brian Austin Green, yang merupakan satu-satunya mengetahui mengenai pertarungan Shannen terhadap kesihatan peribadinya pada masa itu. “Sebelum memulakan penggambaran, dia akan memanggil saya dan berkata, dengar, apa sahaja yang berlaku, saya pasti ada untuk menyokongmu,” jelasnya. “Kami dapat bercakap tentang Luke dengan cara yang sangat positif dan menaikkan semangat dan mengingati banyak detik-detik yang hebat.” – Agensi





























