LONDON, 27 Jun – Ini adalah masa yang tepat untuk melupakan Serena Williams dan memberikan fokus kepada pemain Rusia, Maria Sharapova selepas bintang Rusia itu kembali beraksi di Wimbledon.
Kali terakhir Maria beraksi di All England Club ialah tiga tahun lalu dan muncul juara pada 2004 namun sekarang kariernya dikatakan sudah di persimpangan jalan.
Maria yang terlepas aksi di Wimbledon pada 2016 berikutan penggantungan doping, sekali lagi tidak dapat berbuat demikian untuk mengharungi pusingan kelayakan 12 bulan lalu gara-gara kecederaan.
Dia tidak pernah memenangi sebarang gelaran Grand Slam dalam tempoh empat tahun dan kejayaan terakhirnya ialah di Terbuka Perancis 2014.
Sejak kembali dibenarkan beraksi, Maria hanya meraih satu trofi di Tianjin, China.
Selepas 15 tahun sejak penampilan pertamanya di Wimbledon pada usia 16 tahun,
Maria sedar bahawa penampilannya di gelanggang permukaan rumput tidak begitu cemerlang. – AFP