SHENZHEN, 4 Jan – Bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Shenzhen pada Khamis dengan kemenangan selesa 6-3, 6-3 menentang Zarina Diyas dari Kazakhstan.
Sharapova yang berusaha menaiki kedudukannya ke-59 dunia sejak kembali dari penggantungannya tahun lalu, akan berhadapan pasangan Czech, Kristyna Pliskova atau Katerina Siniakova pada perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung di selatan China.
Sharapova yang berusia 30 tahun itu tidak terpilih dalam kejohanan pembuka 2018 iaitu Terbuka Australia, memulakan musim penuh pertamanya di Terbuka Shenzhen sejak kembali dari penggantungan kerana dadah selama 15 bulan pada bulan April lalu.
Pemenang Grand Slam lima kali itu tidak pernah mengalami masalah terhadap Diyas, yang berada di kedudukan ke-66 dunia, dan menyertai pemain Romania, Irina-Camelia Begu di separuh akhir Kejohanan Terbuka Shenzhen. – AFP